Isnin, 26 Julai 2021

Himpunan pertandingan mewarna dan melukis poster program pendidikan pencegahan dadah

  Koleksi Poster dan Lukisan Program Pencegahan Dadah PPDa Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Keme... thumbnail 1 summary

 

Koleksi Poster dan Lukisan Program Pencegahan Dadah PPDa

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan.

 Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat.

Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

Pertandingan melukis dan mewarna merupakan satu kelendar aktiviti sekolah. Aktiviti yang diadakan pada setiap tahun dapat membangkitkan minat murid mengambil bahagian untuk menonjolkan kebakatan sendiri.

1.0 Objektif

a.    Meningkatkan daya kreatif dan inovasi murid-murid.

b.    Memberi peluang kepada murid untuk menonjolkan kebakatan melukis dan mewarna.

c.    Memupuk semangat muhibbah, setiakawan, bekerjasama dan bertolak ansur kepada murid dan ibu bapa.

d.    Menggalakkan murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan.

Berikut merupakan contoh Poster Lukisan Program Pencegahan Dadah lukisan dan poster yang boleh dijadikan panduan kepada murid untuk menghasilkan idea. Kebiasannya, mewarna lukisan untuk murid tahap 1 dan melukis dan mewarna poster adalah untuk murid tahap 2.

Berikut pula merupakan koleksi poster

contoh poster ppda

Untuk cetakan dalam format pdf

koleksi lukisan ppda

koleksi mewarna ppda

sumber bahan di atas daripada https://sumberpendidikan.com/2021/06/poster-lukisan-program-pencegahan-dadah/

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

Tiada ulasan

Catat Ulasan